Misi Kami
Klinik Pakar Kanak kanak Firststep ditubuhkan pada tahun 2021 dengan misi untuk memberi penjagaan holistik terbaik untuk bayi, kanak-kanak dan remaja. Kami berusaha bukan sahaja untuk merawat simptom, tetapi untuk mendidik ibu bapa dan pengasuh, langkah-langkah untuk mencegah penyakit. Klinik ini diurus oleh Dr JoAnn Rajah, pakar pediatrik yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun di hospital kerajaan dan klinik swasta.
“Anak bahagia, keluarga bahagia” maka tujuan utama kami adalah untuk memastikan anak anda bahagia, sihat dan selamat dengan mematuhi garis panduan klinikal pediatrik yang ditetapkan oleh KKM. Kami sangat menitik beratkan keperluan anda dan anak anda. Selain itu, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh anda.
Klinik kanak kanak kami terletak di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Malaysia dan sering dikunjungi dengan penduduk sekitar KL, PJ, Bangsar, Kepong, Bandar Utama, TTDI, Setapak, Segambut dan selain-lainnya.