Blog Detail

PROBIOTIK: 4 KUNCI UTAMA YANG MENARIK BERKENAAN KEBAIKAN PROBIOTIK UNTUK ANAK ANDA

PROBIOTIK: 4 KUNCI UTAMA YANG MENARIK BERKENAAN KEBAIKAN PROBIOTIK UNTUK ANAK ANDA

KEBAIKAN PROBIOTIK UNTUK ANAK ANDA

#1 APA ITU PROBIOTIK?

Probiotik adalah bakteria baik. Perkataan ini digunakan untuk menjelaskan penghasilan suatu bahan oleh satu mikroorganisma yang mencetuskan perkembangan dan pertumbuhan mikroorganisma yang lain serta menggalakkan keseimbangan flora usus manusia (1). Probiotik mempunyai manfaat kesihatan apabila dimakan (2). Sementara itu, Pertubuhan Pertanian Makanan (FAO) dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), probiotik didefinisikan sebagai mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada penggunanya apabila diambil dalam kuantiti yang mencukupi. Definisi ini merujuk kepada probiotik dalam produk makanan dan ia menekankan jumlah makanan yang diambil (3).  

Probiotik adalah baik untuk sistem pencernaan dan sistem imun kita

Hubungan antara probiotik dan kesihatan manusia sudah lama dibincangkan. Berdekad telah berlalu sejak saintis pertama menemukan bahawa terdapat probiotik jenis Bifidobacteria di dalam usus bayi yang menyusu badan yang tidak terdapat didalam perut bayi yang minum susu formula. Penemuan ini menunjukkan fungsi probiotik dalam mengekalkan kesihatan kita. Pada tahun 1995, Gibson dan Roberfroid memperkenalkan probiotik sebagai suplemen makanan yang tidak dicerna namun masih mampu memberikan manfaat kesihatan terutama sekali keapda usus kita (4).  

#2 SPESIS PROBIOTIK YANG BAIK

Spesies probiotik yang paling biasa adalah Lactococcus dan juga Bifidobacterium. Kedua dua spesies ini adalah spesis yang di klasifikasikan sebagai bakteria lactic asid (5). Bakteria lactid asid mempunyai pelbagai kebaikkan nutrisi yang mampu meningkatkan kesihatan diri, seperti mengawal jangkitan usus, mempertingkatkan permprosessan laktos, mengawal sesetengah jenis kanser, mengawal tingkat kolestrol di dalam badan, mempertingkatkan tindak balas imunisasi badan dan menambahkan nilai nutrisi makanan (6). Di bawah adalah klasifikasi mikroorganisma bagi spesis Lactobacillus dan Bifidobacterium yang di pertimbangkan sebagai probiotik (5):

SPESIS LACTOBACILLUS SPESIS BIFIDOBACTERIUM
L. acidophilus L. casei   L. crispatus   L. gallinarum   L. gasseri   L. johnsonii    L. paracasei   L. plantarum   L. reuteri   L. rhamnosus   B. adolescentis B. animalis   B. bfidum   B. breve   B. infantis   B. lactis²   B. longum  

Mengenal pasti spesis probiotik adalah penting kerana ia berkaitan dengan keberkesanan probiotik itu sendiri. Oleh itu, pengenal pastian kekuatan adalah disyorkan untuk mendapatkan kesesuaian dan keberkesanan probiotik tersebut. Selain daripada itu, ianya untuk membantu probiotik untuk memberi sepenuh kebaikkan kepada kesihatan kita, setiap dos yang diperlukan juga adalah berbeza mengikut individu seseorang. Oleh itu, dinasihatkan untuk anda mendapatkan nasihat daripada ahli pediatric yang berdaftar untuk mendapatkan preskripsi probiotik yang betul untuk anak anda.   

Probiotik untuk bayi dan kanak-kanak

#3 MANFAAT KESIHATAN DARI PROBIOTIK UNTUK ANAK

Selepas beberapa dekad, penyelidikan dan kajian telah menunjukkan bukti yang mencukupi bahawa probiotik menawarkan beberapa manfaat kesihatan:

  •  Cirit-Birit berkaitan Antibiotik:
      Keadaan ini merujuk kepada pembuangan yang cair dan berair lebih dari 3 kali sehari yang terjadi selepas pengambilan sebarang antibiotik. Hal ini berlaku kerana antibiotik sering mengganggu keseimbangan flora bakteria baik di dalam usus kita. Ini akan menyebabkan bakteria jahat boleh membiak dan membesar dengan pantas dan seterusnya menyebabkan cirit-birit (7,8). Sementara itu, probiotik mengandungi bakteria baik yang dapat membantu imun sistem dalam menghindari cirit-birit berkaitan antibiotik daripada berlaku.
  •  Cirit-Birit Berjangkit:
      Virus berjangkit popular yang paling biasa menyebabkan cirit birit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak ialah Rotavirus. Virus ini membiak dalam usus kecil dan normal mikroflora usus memainkan peranan penting dalam melawan jangkitan virus ini (9). Oleh itu, pengambilan probiotik dengan jumlah yang betul dapat membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus kanak-kanak. Ia dibuktikan daripada satu kajian klinikal terkawal bahawa beberapa jenis probiotik tertentu boleh mengurangkan tempoh masa cirit-birit yang disebabkan Rotavirus (10). Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, probiotik berfungsi sebahagai agen penghalang untuk memberhentikan sebarang rembesan dan menghalang pergerakan virus tersebut sekaligus merangsang tindak balas imun di dalam usus dan menghasilkan bahan yang melumpuhkan cebisan virus tersebut.
Probiotik membantu meredakan cirit-birit untuk bayi dan kanak-kanak 
  •  Alahan:
      Bagi bayi, mengambil probiotik boleh menjadi alternatif yang selamat untuk merangsang tindak balas mikrob dalam membangunkan sistem imun mereka terhadap alergen. Probiotik membantu untuk meningkatkan fungsi penghalang mukosa yang dapat mengawal tindak balas alahan. Manfaat kesihatan probiotik ini melibatkan alahan makanan, dermatitis atopik atau ekzema (1). Beberapa jenis probiotik telah terbukti dapat mengurangkan keadaan kulit ekzema yang teruk dan mencegah ekzema untuk berulang terutamanya pada bayi yang berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, penyelidikan menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik,  kesan ke atas alahan seperti rinitis dan asma adalah kurang (12). Selain itu, probiotik juga baik untuk orang dewasa yang mempunyai hipersensitiviti susu. Hipersensitiviti susu ialah alahan terhadap susu lembu. Di mana, sistem imun kita bertindak balas secara berbeza terhadap jenis protein tertentu yang terdapat dalam susu, keadaan ini berbeza dengan intoleransi laktosa. Orang dewasa dengan hipersensitiviti susu (alahan kepada susu lembu) menunjukkan tindak balas yang positif dengan pengambilan probiotik, namun lebih banyak kajian masih diperlukan (13).  
Probiotik membantu mengawal simptom alahan

PROBIOTIK: 4 KUNCI UTAMA YANG MENARIK BERKENAAN KEBAIKAN PROBIOTIK UNTUK ANAK ANDA 6

# 4 MAKANAN APAKAH YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK

Probiotik biasanya hidup dalam makanan yang ditapai. Walau bagaimanapun, suhu panas boleh membunuh bakteria baik ini. Makanan ini adalah paling baik dihidangkan dalam suhu sejuk atau suhu bilik. Beberapa makanan harian yang boleh kita ambil untuk manfaat probiotik antaranya:

  1. Jeruk
  2. Yogurt
  3. Miso
  4. Kimchi
  5. Tempeh
  6. Sauerkraut yang tidak dipasteurisasi
  7. Kombucha
  8. Susu berkultur seperti Vitagen, Yakult dan lain-lain.  
Contoh makanan yang mengandungi probiotik
PROBIOTIK: 4 KUNCI UTAMA YANG MENARIK BERKENAAN KEBAIKAN PROBIOTIK UNTUK ANAK ANDA 7

 Boleh hubungi kami jika anak perlukan probiotik. Terima kasih.

Baca lagi:

Milestone untuk kanak-kanak 12-18 bulan

 

RUJUKAN

  1. Kechagia M, Basoulis D, Konstantopoulou S, Dimitriadi D, Gyftopoulou K, Skarmoutsou N, Fakiri EM. Health benefits of probiotics: a review. 2013. ISRN Nutrition. DOI: 10.5402/2013/481651  
  2. FAO/WHO. 2002. Guidelines for the evaluation of probiotics in food. Internet: http://www.who.int/foodsafety/fs_management/en/probiotic_ guidelines.pdf  
  3. FAO/WHO. 2001. Report on Joint FAO/WHO Expert Consultation on Evaluation of Health and Nutritional Properties of Probiotics in Food Including Powder Milk with Live Lactic Acid Bacteria. https://www.fao.org/3/a0512e/a0512e.pdf  
  4. G.R. Gibson & M.B. Roberfroid. 1995. Dietary modulation of the human colonic microbiota: introducing the concept of prebiotics. Journal of Nutrition 125(6): 1401-1412. DOI: 10.1093/jn/125.6.1401  
  5. W.H. Holzapfel, P. Haberer, R. Geisen, J. Björkroth & U. Schillinger. 2001. Taxonomy and important features of probiotic microorganisms in food and nutrition. American Journal of Clinical Nutrition 73(2): 265S-373S. DOI: 10.1093/ajcn/73.2.365s  
  6. Gilliland S. E. 1990. Health and nutritional benefits from lactic acid bacteria. FEMS microbiology reviews 7(1-2):175–188. DOI: 10.1111/j.1574-6968.1990.tb04887.x  
  7. Madsen KL. 2001. The use of probiotics in gastrointestinal disease. Can J Gastroenterol. 15(12):817-822. DOI: 10.1155/2001/690741  
  8. Saavedra JM. 1999. Probiotics plus antibiotics: regulating our bacterial environment. J Pediatr. 135(5):535-537. DOI:https://doi.org/10.1016/S0022-3476(99)70046-6  
  9. S.Salminen, C. Bouley, M. C. Boutron-Ruault et al. 1998. Functional food science and gastrointestinal physiology and function. British Journal of Nutrition 80(1): S147-S171. DOI: 10.1079/bjn19980108  
  10. N.P. Shah. 2007.Functional cultures and health benefits. International Dairy Journal 17(11): 1262-1277. DOI: https://doi.org/10.1016/j.idairyj.2007.01.014  
  11. K.M. Levri, K. Ketvertis, M. Deramo, J.H. Merenstein & F. D’Amico. 2005. Do probiotics reduce adult lactose intolerance? A systematic review. Journal of Family Practice 54(7): 613-620. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16009090/  
  12. J.G. Wheeler, S.J. Shema, M.L. Bogle et. al. 1997. Immune and clinical impact of Lactobacillus acidophilus on asthma. Annals of Allergy, Asthma and Immunology 79(3): 229-233. DOI: 10.1016/S1081-1206(10)63007-4  
  13. L. Pelto, S.J. Salminen & E. Isolauri. 1996. Lactobacillus GG modulates milk-induced immune inflammatory response in milk-hypersensitive adults. Nutrition Today 31(6): 45S-46S. DOI: 10.1046/j.1365-2222.1998.00449.x