Blog Detail

Memahami Ruam Panas pada Kanak-Kanak: Punca, Gejala, dan Rawatan

Memahami Ruam Panas pada Kanak-Kanak: Punca, Gejala, dan Rawatan

Memahami Ruam Panas pada Kanak-Kanak: Punca, Gejala, dan Rawatan

Ruam panas pada kanak-kanak atau dikenali sebagai miliaria yang mucul sebagai bintik kecil yang kemerahan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit. Ruam panas ini berlaku apabila cuaca terlampau panas dan lembap terutama apabila memakai baju yang terlampau tebal.

Ruam panas akan sembuh tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, bentuk jangkitan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan yang lebih lanjut. Jika ibu bapa mendapati bahawa anak mempunyai masalah ruam panas, ibu bapa boleh menanggalkan atau melonggarkan pakaian mereka dan memindahkan mereka ke tempat yang lebih sejuk.

Individu yang berisiko untuk mengalami gejala ruam panas termasuk bayi dan kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun, individu yang bekerja di bawah sinaran terik matahari, pesakit yang sukar bergerak dan individu yang obesiti.

Bayi akan lebih cenderung untuk mendapat ruam panas kerana mereka mempunyai lipatan kulit yang lebih banyak menyebabkan saluran peluh terperangkap antara lipatan ini.

 

Heat Rash

Heat Rash

RUAM PANAS PADA KANAK-KANAK

Ruam panas pada kanak-kanak akan muncul pada leher, muka, belakang abdomen, bahagian kemaluan, di bawah dada, lipatan siku dan pinggang.

  • Jernih (miliaria kristalina): gelembung kecil yang mempunyai cecair jernih dan ketulan yang mudah pecah
    Ruam panas jenis ini adalah jenis yang paling ringan yang mempengaruhi saluran peluh yang berada pada permukaan kulit manusia.
  • Putih/kuning (miliaria pustulosa): keradangan bergelembung kecil berisi cecair
  • Merah (miliaria rubra): lebam merah dan gatal yang terasa tercucuk dalam kulit
  • Dalam (miliaria profunda): Benjolan yang keras dan kemerahan
RUAM PANAS PADA KANAK-KANAK

RUAM PANAS PADA KANAK-KANAK

RAWATAN RUAM PANAS

Untuk memastikan kalenjar peluh tidak tersumbat, pakaian yang longgar dan nipis adalah jenis pakaian yang sesuai untuk anak-anak. Selain itu, beberapa tips yang lain adalah seperti berikut:

  • Luangkan masa dalam bangunan yang berhawa dingin atau menggunakan kipas untuk pengudaraan yang baik
  • Kerap mandi untuk menyejukkan kulit dan menggunakan sabun yang melembabkan kulit. Jangan lap badan anak dengan tuala secara kasar, cukuplah sekadar “dab” badan anak anda
  • Losyen seperti calamine losyen boleh menenangkan kulit yang mengalami ruam panas
  • Elakkan daripada menggunakan krim yang mengandungi petroleum kerana ia akan membuatkan saluran peluh tersumbat

Langkah-langkah pencegahan juga penting untuk mengelakkan ruam panas. Selain daripada memakai pakaian yang sesuai, individu perlu mengambil langkah-langkah tambahan seperti mengelakkan aktiviti luar yang berlebihan pada waktu yang sangat panas, dan mengamalkan minum air yang mencukupi untuk mencegah dehidrasi. Selain itu, penggunaan penutup kepala dan penggunaan krim pelindung matahari dengan SPF yang sesuai dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berlebihan.

Penting juga untuk mengenali perbezaan antara ruam panas dengan penyakit kulit lain seperti eksim atau dermatitis. Ruam panas cenderung untuk membaik dengan sendirinya dalam beberapa hari dengan pengurangan peluh dan pengambilan langkah-langkah pencegahan, manakala penyakit kulit yang lebih serius mungkin memerlukan rawatan khusus oleh pakar kulit.

Menjaga kebersihan kulit juga penting untuk mencegah ruam panas. Mandi secara teratur, terutamanya selepas melakukan aktiviti yang menyebabkan peluh berlebihan, dan mengeringkan badan dengan lembut menggunakan tuala yang bersih adalah langkah-langkah penting dalam menjaga kesihatan kulit. Mengelakkan penggunaan produk kulit yang mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi juga penting.

Ketika merawat ruam panas pada bayi atau kanak-kanak kecil, perlu diambil langkah berhati-hati untuk memastikan keselamatan mereka. Gunakan pakaian yang lembut dan tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan reaksi alergi, dan pastikan kulit mereka sentiasa kering dan sejuk. Sekiranya ruam panas teruk atau tidak sembuh dengan rawatan dirumah, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan.

Dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai, ruam panas boleh dicegah dan dirawat dengan berkesan. Kepentingan kesedaran mengenai keadaan ini dan pengambilan tindakan yang sesuai untuk mengurangkan risiko dan keparahan ruam panas adalah kunci untuk menjaga kesihatan kulit yang baik, terutamanya dalam cuaca panas dan lembap.

 

HEAT RASH

ADA PRODUK YANG BAIK UNTUK PENJAGAAN KULIT?

Marilah tonton video ini.

 

BILA HARUS BERJUMPA DOKTOR?

Biarpun ruam panas akan hilang dengan sendiri, tetapi ibu bapa perlu perhatikan simptom-simptom ini dan bawa anak-anak untuk rawatan yang lebih lanjut:

  • apabila ruam tersebut tidak hilang dan tidak menunjukkan apa-apa tanda positif dalam beberapa hari.
  • ruam terus merebak ke kawasan lain dan bertambah besar
  • muncul tanda-tanda jangkitan kuman seperti bernanah
  • ruam menjadi sakit
  • mengalami gejala tambahan seperti demam, sakit badan, sakit sendi, sakit kepala, sesak nafas dan sakit tekak
  • kalenjar limfa yang bengkak di bahagian leher, ketiak, pangkal peha

Jika simptom berterusan, boleh berjumpa dengan pakar pediatrik atau doctor yang terdekat untuk rawatan yang lebih lanjut.

 

 

RUJUKAN:

Dottie. (2016, October 6). Ruam Panas. Portal MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/ruam-panas-3/

Ruam Kulit (Skin Rashes) – Punca,Jenis-Jenis Dan Cara Mengatasi. (n.d.). Www.doctoroncall.com.my. Retrieved April 18, 2024, from https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kesihatan-kulit/penyakit-kulit-lain/jenis-ruam-kulit

Gatal Sebab Ruam Ruam Panas? Ini Cara Atasinya, Sesuai Untuk Bayi & Dewasa, Pasti BERKESAN! (2019, March 7). Hello Doktor. https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/masalah-kulit/rawatan-dan-pencegahan-ruam-panas/