Blog Detail

Selesema pada kanak-kanak – Tanda-tanda dan cara mengurangkan risiko

Selesema pada kanak-kanak – Tanda-tanda dan cara mengurangkan risiko

Selesema pada kanak-kanak

Lonjakan selesema

Sejak sesi persekolahan telah dibuka, banyak kes selesema pada kanak-kanak mula kelihatan. Ini mungkin disebabkan oleh lebih dari 200 virus yang terdapat di persekitaran kita dan boleh menyebabkan selesema biasa. Penyakit selesema ini bukan lah asing daripada kehidupan manusia. Ia merupakan penyakit yang sering dijangkiti oleh kanak-kanak. Selsema adalah sangat ‘biasa’ dikalangan kanak-kanak yang bersekolah. Walaupun penyakit ini tidak menyakitkan, namun ia boleh menjejaskan aktiviti harian bagi kanak-kanak yang telah dijangkiti selesema.

Tahukah anda bahawa, kanak-kanak boleh dijangkiti selesema sehingga 6-8 kali dalam masa setahun! Secara purata, ia mengambil masa 7-10 hari untuk orang dewasa pulih sepenuhnya manakala 14 hari untuk kanak-kanak. Kanak- kanak yang dijangkiti selesema sering menangis dan meragam membuatkan ibu bapa risau. Jadi, di sini saya sertakan tanda-tanda dan cara mengurangkan risiko jangkitan selesema pada kanak-kanak.

Tanda-tanda selesema pada kanak-kanak

  • Sakit tekak
  • Hidung berair
  • Batuk
  • Bersin
  • Sakit kepala atau sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Demam gred rendah juga mungkin terdapat pada kanak-kanak yang lebih kecil.

 

 

selesema pada kanak-kanak

selesama pada kanak-kanak

 

 

Bagaimanakah cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan selesema pada anak-anak?

  • Galakkan anak anda untuk kerap mencuci tangan dengan sabun dan air. Jika sabun dan air tidak tersedia, cecair pembasmi kuman yang berasaskan alkohol merupakan pilihan yang terbaik.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung, dan mulut kerana anggota badan ini senang untuk dimasuki oleh kuman ke dalam badan.
  • Jauhi orang yang sedang tidak sihat/sakit.

 

 

 

selesama pada kanak-kanak

selesama pada kanak-kanak

 

 

Apakah langkah-langkah yang perlu diikuti apabila seseorang dalam keluarga diserang selesema?

  • Sesiapa yang kurang sihat hendaklah memakai topeng pelitup muka walaupun berada di rumah, terutamanya apabila terdapat orang lain di sekeliling.
  • Pergaulan yang rapat seperti memeluk, mencium, atau menyentuh juga harus dielakkan.
  • Etika batuk yang baik seperti batuk atau bersin ke dalam tisu atau lengan hendaklah diamalkan pada setiap masa.
  • Permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, meja, kerusi dan mainan hendaklah selalu disinfeksi.

Tingkatkan sistem imun badan anak anda

Pastikan anak-anak anda mempunyai diet yang seimbang iaitu melebihkan pengambilan makanan yang sihat seperti buah dan sayuran. Selain itu, pengambilan air masak juga penting untuk memastikan anak anda sentiasa kekal hidrat sepanjang hari. Anda juga perlu memastikan bahawa mereka sentasa aktif melalui senaman. Tidak perlu untuk membawa mereka ke taman permainan di rumah juga sudah memadai. Dan paling penting ialah jangan lupa untuk membawa anak-anak anda untuk suntikan selesema tahunan mereka.

Tiada vaksin khusus untuk selesema biasa, tetapi anda boleh mengambil vaksin influenza untuk membantu mereka dari dijangkiti selesema. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang dinyatakan di atas akan dapat membantu mengurangkan risiko anak anda dijangkiti!

Sekiranya anak anda memerlukan sebarang konsultasi, anda boleh datang ke klinik kami di Sri Hartamas, Kuala Lumpur berhadapan Pusat Membeli belah Hartamas. Kakitangan kami terdiri daripada pakar kanak-kanak, jururawat dan pembantu klinik yang berkelayakan dan berpengalaman. Sedia berkhidmat untuk anda.

Untuk artikel yang berkaitan, sila baca:

  1. Blog