Blog Detail

Pemeriksaan Kesihatan Am kanak-kanak – Sayangi anak anda

Pemeriksaan Kesihatan Am kanak-kanak – Sayangi anak anda

Pemeriksaan Kesihatan Am kanak-kanak – Adakah ia penting?

Kesihatan kanak-kanak sering dibimbangi oleh ibu bapa seperti, adakah anak-anak mengambil zat yang mencukupi, mendapat tidur yang lena, mempunyai tumbesaran yang baik dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan Am kanak-kanak sering di anggap remeh dan tidak penting. Kanak-kanak memerlukan penjagaan kesihatan yang baik agar dapat membesar dengan baik dari segi fizikal dan mental. Selalunya, kanak-kanak hanya akan dibawa untuk berjumpa dengan doktor apabila ditimpa kecelakaan dan sakit. Tetapi, pernahkah anda terfikir adakah anak anda membesar dengan baik dan mengikut carta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?

Adakah pemeriksaan kesihatan am kanak-kanak ini penting? Perlukah kanak-kanak membuat pemeriksaan am kesihatan walaupun tidak mempunyai sebarang sejarah kesihatan?

Jawapan nya, YA. Kanak-kanak juga memerlukan pemeriksaan kesihatan am bermula dari umur 0 bulan sehingga 18 tahun.

Cadangan jadual lawatan Pemeriksaan am Kanak-kanak

Pada minggu pertama selepas kelahiran

Waktu yang terbaik untuk membawa bayi anda yang baru lahir untuk berjumpa dengan doktor adalah di antara hari yang ke-3 sehingga ke-5. Selain dari memeriksa kesihatan am bayi seperti berat, tinggi dan ukuran kepala, doktor juga akan memeriksa sekiranya bayi menghidap penyakit kuning. Selain itu, doktor juga akan memeriksa adakah penyusuan bayi dalam keadaan normal ataupun sebaliknya dan akan menjawab segala pertanyaan atau kebimbangan yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa. Semestinya, ibu bapa yang baru sahaja keluar daripada hospital mempunyai pelbagai persoalan dan kebimbangan terhadap bayi mereka yang baru sahaja lahir.

Di usia 18 bulan pertama

Di usia 18 bulan pertama selalunya ibu bapa akan sibuk untuk membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk sesi imunisasi, pemantauan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kalau boleh, ibu bapa disarankan untuk tidak terlepas dengan sesi lawatan pemeriksaan kesihatan ini. Sila patuhi jadual kesihatan am kanak-kanak yang telah ditetapkan oleh doktor anda dan yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana lawatan bagi sesi pemeriksaan am kanak-kanak adalah sangat penting untuk menangani sebarang kelewatan dalam perkembangan tumbesaran bayi atau apabila bayi anda mempunyai isu tingkah laku yang mungkin membimbangkan anda dengan lebih awal. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk bertanya dengan doktor tentang kebimbangan pemakanan, tidur, penjagaan rutin dan keselamatan anak anda.

Di usia 2 tahun

Semasa kanak-kanak berusia 2 tahun, adalah penting untuk mengenal pasti sekiranya terdapat tanda-tanda awal pada anak anda jika berlaku sesuatu kepada perkembangan tumbesaran mereka. Leih baik dirawat dan membuat tindakan awal oleh doktor. Seperti pepatah lebih baik mencegah berbanding mengubati. Sekiranya, tiada isu yang ditemui lawatan pemeriksaan kesihatan am sebanyak 2 kali setahun sudah mencukupi untuk anak anda. Lawatan pemeriksaan kesihatan am hanyalah untuk membuat rawatan susulan mengenai pertumbuhan, perkembangan dan imunisasi anak-anak anda. Dengan membuat lawatan pemeriksaan kesihatan am, ia juga dapat membantu anda memantau perkembangan anak anda dengan lebih teliti.

Di usia 3 tahun sehingga 18 tahun

Pada peringkat usia ini, ibu bapa kini boleh berehat! Hooray! Pemeriksaan kesihatan am kanak-kanak secara tahunan sudah memadai melainkan anak anda menghidapi penyakit yang serius dan memerlukan pemantauan lanjut daripada doktor dengan lebih rapi. Selain memantau pertumbuhan dan pencapaian kesihatan kanak-kanak seperti ukuran berat, tinggi dan degupan jantung, doktor juga akan memantau perkembangan akil baligh, tingkah laku sosial, dan pembelajaran mereka. Kesihatan merupakan perkara yang amat penting di dalam hidup. Tanpa kesihatan yang baik, anak-anak anda tidak dapat mencapai cita-cita mereka.  Sayangilah anak anda dengan menjaga kesihatan mereka. Kesihatan merupakan perkara yang amat penting di dalam hidup.

PS: Kanak-kanak yang berada di bawah jagaan Klinik Kesihatan hendaklah mengikuti jadual Pemeriksaan Kesihatan Am yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya anak anda memerlukan sebarang konsultasi, anda boleh datang ke klinik kami di Sri Hartamas, Kuala Lumpur berhadapan Pusat Membeli belah Hartamas. Kakitangan terdiri daripada pakar kanak-kanak, jururawat dan pembantu klinik yang berkelayakan dan berpengalaman. Sedia berkhidmat untuk anda.

Untuk artikel yang berkaitan, sila baca:

  1. Blog